Artikan Dalam Bahasa Anda

25 Mei 2012

CARA MERAKIT KOMPUTER

Langkah 15: Panel Casing


Sekarang adalah waktu yang paling sesuai untuk memasang wayar lampu power led dan hard disk activity. Ini kerana adalah lebih mudah memasang pada waktu ini kerana tidak banyak objek di atas motherboard yang akan menganggu operasi pemasangan wayar. Gambar di atas menunjukkan 2 USB cable dan beberapa wayar lain untuk kegunaan reset, power on/off dan hard disk activity.


Untuk memasang wayar kawalan, kita perlu tahu di mana lokasi penyambung untuk setiap wayar.Gambar di atas adalah gambar di mana kedudukan penyambung-penyambung di atas motherboard. Tetapi bagaimana jika manual motherboard telah hilang? Di sini anda tidak perlu risau kerana label-label ini masih terdapat di atas motherboard cuma bezanya tulisannya sangat kecil dan tiada tanda positif dan negatif.
Perhatian: Wayar bewarna merah adalah + dan wayar bewarna hitam adalah sebaliknya. Jika casing anda hanya membekalkan warna merah, gunakan lah wayar ini hanya untuk +. Jangan risau sekiranya anda tersilap menyambung wayar panel ini kerana tiada kebakaran akan berlaku.

Ini adalah hasilnya..

Langkah 16: Pemasangan USB connector (belakang)


Pemasangan USB port lebih mudah kerana kebiasaannya wayar-wayarnya telah tersusun rapi. Anda cuma perlu plug kan di tempat yang betul sahaja.

Gambar USB port yang telah berjaya di pasang, sila lihat tempat yang di tandakan dengan bulatan merah.

Langkah 17: Memasang Panel Bunyi - D epan


Panel bunyi hadapan (Front panel sound) memudahkan kita untuk menyambung sebarang aksesori tambahan seperti microphone dan headphone kerana ianya terletak di bahagian hadapan.Komputer lama tidak mempunyai ciri-ciri seperti ini. Untuk memobolehkan front panel sound anda berfungsi dengan baik, anda perlu menyambungkan wayar daripada panel casing anda ke motherboard. Gambar di atas menunjukkan kedudukan connector di motherboard. Di bahagian atas pula menunjukkan gambar front sound panel connector. Seperti biasa, untuk menyambungkannya kita cuma perlu plug kan ia di tempat yang betul.

Inilah keadaan selepas panel sound di pasang.

Tidak ada komentar: