Artikan Dalam Bahasa Anda

25 Mei 2012

CARA MERAKIT KOMPUTER

Langkah 10: Memasang processor


Pasangkan processor semula seperti mana keadaannya anda membuka processor di motherboard sebelumnya tadi. Dalam kes ini anda kena pastikan yang tanda tiga segi terletak di sebelak kanan atas.

Setelah berpuas hati, pasangkan balik selak processor.Ingat, jika anda mempunyai kesukaran untuk memasang kembali processor, jangan paksa untuk menekan dengan kuat kerana ianya akan merosakkan motherboard dan processor.Periksa kembali pemasangan anda jika anda menghadapi masalah seperti ini.

Langkah 11: Memasang Kipas Processor


Pasang kipas processor tadi di atas tapak tempat di mana kita meletakkan processor tadi. Di sini terdapat 4 screw plastik di setiap bucu di mana setiap satunya perlu di pasangkan dengan betul. Sila pastikan tapak kipas dan processor bersentuhan dan penggunaan grease thermal adalah sangat di galakkan untuk memaksimumkan pemindahan haba dari processor ke tapak kipas.Ianya adalah bahan yang wajib jika anda ingin overclock komputer anda.

Langkah 12: Pemasangan RAM


Pasang memory module (RAM) anda di tapak RAM, di tandakan dengan bulatan merah disini. Pastikan kedudukan kaki memory module bertepatan dengan kedudukan tapak memory module. Tekan memory module tersebut hingga terdengar bunyi "klik", jika tidak kedengaran anda perlu periksa semula kaki memory module anda. Untuk mendapatkan maksimum performance, sila pastikan yang kedua-dua momory module di letakkan di tapak (bank) yang betul. Contohnya kedua-dua memory module mesti terletak di bank yang bewarna kuning.

Langkah 13: Pemasangan panel port baru


Gambar di atas adalah gambar panel port bagi motherboard yang akan di pasang. Panel ini perlu di pasang terlebih dahulu kerana adalah agak sukar untuk memasang panel ini sesudah motherboard baru di pasang.

Ini adalah keadaan sesudah selesai pemasangan panel port.

Langkah 14: Pemasangan motherboard


Sesudah processor dan memory module berjaya di pasang, dengan berhati-hati letakkan motherboard yang baru tadi itu ke dalam casing. Pasang screw tadi di tempat-tempat yang di tandakan dengan bulatan merah seperti di atas.

Tidak ada komentar: