Langkah 18: Pemasangan power cable dan kad-kad yang lain
Plugkan power cable di motherboard anda. Ada sesetengah motherboard yang hanya mempunyai satu sambungan sahaja (terdapat di komputer lama). Dalam kes ini, motherboard ini mempunyai dua input power (di tandakan dengan bulatan merah). Untuk memasang kad yang lain pula, dalam kes ini grafik kad, plug kan sahaja grafik kad itu di slot yang telah di sediakan.
Langkah 19: Pemasangan SATA cable
Sata cable adalah penyambung di antara hard disk atau DVD ke motherboard. Cara pemasangannya juga cukup mudah iaitu cuma plug ke tempat SATA cable.
Inilah keadaan selepas cable SATA di pasang di motherboard.Motherboard ini mampu menyokong sehingga 4 SATA cable.
Langkah 20: Pengemasan
Setelah siap semua proses, adalah lebih baik kita mengemaskan wayar/cable yang terdapat di dalam casing supaya pengaliran udara akan menjadi lebih lancar dan memanjangkan hayat komponent motherboard.
Pasang balik casing anda seperti sediakala seperti di atas. Komputer telah tersedia untuk di gunakan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar