Artikan Dalam Bahasa Anda

25 Mei 2012

CARA MERAKIT KOMPUTER

Di sini kita akan membincangkan cara dan langkah-langkah untuk menukar motherboard komputer anda. Motherboard adalah salah satu komponen yang sangat penting di dalam komputer anda, tanpanya processor,grafik kad, hard disk dan lain-lain komponent yang lain pasti tidak dapat berfungsi.
Artikel ini juga boleh di gunakan sebagai rujukan bagi mereka yang ingin belajar cara memasang komputer daripada zero.


Langkah 1: Mencari motherboard di kedai komputer

Pastikan anda mengetahui specification komputer anda sebelum membeli motherboard, ini kerana setiap motherboard mempunyai platform masing-masing contohnya motherboard intel tidak boleh di masukkan processor AMD kerana architecture yang berbeza pada setiap CPU.

Langkah 2: Membuka komputer anda

Sebenarnya cukup mudah untuk membuka komputer anda, cuma perhatikan screw yang terlibat dalam menutup casing dan putarkan kesemuanya arah lawan jam.

Langkah 3: Unplug


Cabut semua wayar yang menyambung ke motherboard. Sila perhatikan tempat yang di tandakan dengan bulatan merah. Pastikan anda telah mencabut semua wayar yang bersambungan dengan motherboard sebelum meneruskan langkah seterusnya.

Langkah 4: Unplug komponen motherboard


Tanggalkan komponen motherboard seperti grafik kad, sound kad ataupun network kad dari motherboard anda. Dalam kes ini kita hanya mempunyai grafik kad dan USB cable. Motherboard ini menggunakan buitl-in network dan sound card

Langkah 5: Membuka screw motherboard


Tanggalkan kesemua screw motherboard yang memegang motherboard ke casing komputer anda. Bulatan merah di atas menunjukkan kedudukan screw-screw di dalam casing komputer. Tanggalkan kesemua screw tersebut dengan memutar screw arah lawan jam.

Inilah hasilnya setelah motherboard di keluarkan daripada casing komputer anda.

Tidak ada komentar: